Akaun waseemglobal.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
INFAK SABEEL DI MEKAH (2023)

INFAK SABEEL 2023

(MANDY AYAM / BRIYANI DAGING + MOYA)


Diriwayatkan daripada Abdullah bin Salam, ketikamana Nabi SAW sampai ke kota Madinah, Baginda SAW bersabda:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَفْشُوا السَّلاَمَ ، وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ ، وَصِلُوا الأَرْحَامَ ، وَصَلُّوا بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ ، تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ بِسَلاَمٍ

Maksudnya“Wahai orang ramai. Sebarkanlah salam, berilah makan, sambunglah silaturrahim dan solatlah di waktu malam ketika mana manusia sedang tidur. Nescaya kamu dapat masuk Syurga dengan sejahtera dan selamat.”

Riwayat al-Tirmizi (2485), Ibnu Majah (3251) dan Ahmad (5/451)



MISI

Program Suapan Sabeel ini adalah program mengedar dan memberi makanan dan minuman kepada jemaah umrah / musafir yang terputus / kekurangan bekalan di sekitar masjidil haram. 

Kebanyakan mereka yang datang ke Kota Suci Mekah dengan kadar perbelanjaan yang sangat sedikit.

Misi program ini adalah untuk memupuk semangat dan sebagai galakan kepada orang ramai untuk bersama-sama dalam melaksanakan amalan menjamu makan. Semoga asbab dari program ini, kita dapat membantu juga golongan-golongan yang kurang berkemampuan, miskin di Kota Suci Mekah.



✔️ Perlaksanaan di Kota Suci Mekah

✔️ Agihan dibuat sekali atau dua kali dalam sebulan (bergantung kepada permintaan)

✔️ Agihan dibuat oleh Mutawwif atau Team Waseem Global

✔️ Gambar operasi agihan akan di hantar melalui Whatsapp



Sesungguhnya amalan memberi makan menunjukkan hilangnya rasa takut dan kefakiran, sehingga akhirnya menjadikan hati sesama umat Islam akan semakin dekat dan hubungan silaturrahim akan terjalin semakin kuat.

(Lihat Bahjah al-Nazirin Syarh Riyadh al-Salihin, 2/64)


JOM BERSAMA BERKONGSI REZEKI!!


Akad:

"Saya/kami dengan ini mewakilkan kepada pihak syarikat Waseem Global (003412520-W) untuk menguruskan Infak Pek Makanan yang ditempah untuk diagihkan di Kota Suci Mekah."


Kami mendoakan agar Allah SWT memberikan keikhlasan dan keluhuran hati untuk memberi makan kepada mereka yang memerlukan, moga Allah berikan juga ganjaran yang besar buat kita semua di atas usaha yang kecil ini dan moga Allah berkati segala amal perbuatan kita. Ameen..