Akaun waseemglobal.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
WAQAF QURAN

WAQAF AL-QURAN MAKKAH


Program Waqaf Al-Quran di MASJIDIL HARAM


Apa itu Waqaf?

Secara mafhumnya Waqaf bermaksud seseorang yang menyerahkan harta atau hak miliknya untuk kegunaan Umat Islam lain dan diniatkan semata-mata kerana Allah S.W.T. Ganjaran pahala yang mengalir terus  kepada pewaqaf selagimana barang yang diwaqafkan itu dimanfaatkan.  



"Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya."

(HR Muslim)



"REBUTLAH PELUANG BERWAQAF!!"




مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ


"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya."

(Al-Baqarah : 261)



INFO

Pihak pengurusan Masjidil Haram telah menetapkan beberapa kriteria mushaf yang boleh diwakafkan di sana. Antara sebab penyelarasan ini dibuat adalah bertujuan untuk menjaga keaslian cetakan mereka.

Antaranya kriterianya adalah:

1. Mestilah mushaf cetakan Kompleks Percetakan Raja Fahd, di Madinah.
2. Tali penanda berwarna kuning bagi mushaf sederhana, biru mushaf besar.
3. Berkulit hijau bagi mushaf sederhana, biru pula untuk mushaf bersaiz besar.



Terima kasih kami ucapkan kepada semua pewaqaf yang menyertai program waqaf ini. Semoga segala kebaikan dan amalan yang kita lakukan kerana Allah SWT, mendapat keberkatan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat nanti. Ameen Insyaa Allah.


"Satu kali infak, pahalanya berpanjangan. Semoga bagi setiap orang yang membacanya di sana, menjadi antara saham akhirat untuk kita kelak"


Note : Al-Quran akan diletakkan 2 kali pada setiap bulan.